Jumaat, 13 Februari 2009

Valentine dan hari lahirku


Apa yang dimaksudkan hari valentine???

Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.

apa kena mengena dengan hari kelahiran ku?????

mgkin hanya kebetulan hari lahirku bersamaan dengan hari valentine,aku telah dilahirkan pada 14 februari 1986(uik...x prasan dah tua aku rupenye...wakakaka),kebanyakan orang mengatakan aku beruntung kerana hari lahirku bersamaan dengan hari perayaan walawpon aku tidak menyambutnya dan tidak pernah sekali2 aku menyambutnya,walawpon begitu pelbagai ucapan ku terima dari semalam,terima kasih semua akan tetapi aku masih mengharapkan insan yang teristimewa buatku.

erm pada hari ini genap lah aku berumur 23 tahun,pelbagai dugaan yang ku tempuhi dari suka,duka,pahit dan manis.Segala dugaan yang ditempuhi selama ini aku jadikan pengajaran yang berharga buat ku,ini yang membuatkan seseorang akan lebih matang dan lebih bersedia untuk menghadapi hari2 mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger