Ahad, 21 Februari 2010

diantara 2 insan

Sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu dalam blog, pengalaman lalu mengajar aku erti sebuah kasih sayang dan pengorbanan. Segala yang berlalu aku jadikan pedoman akan tetapi segalanya akan bermula kembali.....

Kini aku sedang menjalani latihan industri di sebuah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Sains Islam Malaysia yang bertempat di Nilai Negeri Sembilan....pasti ramai yang mempersoalkan bagaimana aku memilih tempat yang begitu jauh dari kampung halaman aku...

Bermula al kisah...

setelah aku dikecewakan ....

Budak USIM...
aku mengenali dirinya disebuah laman web sosial yang mana pada mulanya sekadar kawan biasa, akan tetapi setelah lama berkawan dengannya aku dapat merasakan sesuatu yang dia lebih cenderung kearah yang lebih dari seorang kawan...

Suatu perkara yang tidak aku sangka yang dilakukan olehnya, datang ke Kuantan tampa muhrim. Hanya semata-mata untuk bertemu dengan aku....huhuh...aku jadi serba salah....
Terpaksalah aku mencarikannya sebuah hotel murah disekitar Kuantan,dan keesokaan harinya aku paksa dia pulang...

Aku x tahu mengapa dia melakukan perkara seperti itu...

Mencari tempat Latihan Industri
Segalanya berjalan dengan baik, aku telah ditempatkan oleh pihak pengurusan kolej ke UNIKL....akan tetapi pada saat akhir pihak UNIKL telah membuat keputusan untuk tidak mengambil pelajar prektikal pada tahun ini dan nama aku digugurkan...terpaksa aku mencari tempat yang lain....

Pelbagai cara telah aku lakukan spt apply dalam j0b street,job malaysia,syarikat IT akan tetapi tiada balasan...

Akhirnya aku bertanyakan kenalan dalam internet...hanya dia saja yang dapat mencarikan aku tempat iaitu USIM...bukan setakat tempat untuk prektikal bahkan rumah sewa,elaun,dokument yang berkaitan dia yang selesaikan...

Walawpon ketika itu aku dapat tempat lain bersama dengan kawan2 tetapi aku memilih USIM kerana aku merasakan kasihan kepadanya jika aku tidak ke sana...

Sehingga kini aku masih lagi bertemu dengannya kerana 1 campus....walaubagaimanapun segala pengorbanan yang dilakukan aku hanya merasakan kami masih kawan...
adakah aku seorang yang kejam @ hanya menyembunyikan kebenaran...huk3x

Budak Sabah
Aku mengenalinya dia disebuah laman web sosial jua ketika itu aku masih bersama dengan ex-girlfriend...

pada waktu itu dia banyak menasihatiku dalam perhubungan kami, sewaktu aku sedang berduka..dialah org yang pertama menasihatiku untuk bangkit semula walaupun pada ketika itu aku tidak lagi mampu untuk bangun sendiri...

Ketika aku kesempitan dialah org yang pertama menghulurkan bantuan kepada aku....pengorbanan dia terlalu banyak kepadaku...mgkin sampai bila2 tidak mampu untuk aku balas...

Genap 6 bulan kami berkawan waktu itu aku sudah menjadi single kembali..malam itu aku bertanyakan satu s0alan yang tidak aku anggapkan serius"boleh isi borang???" dan dia menjawab "ya"...pada waktu itu aku agak terkejut kerana selama ini dia tidak pernah mengiyakan...

Hingga ke hari ini dia masih syg pada aku...akan tetapi aku tidak sepertinya...
aku pernah jua cuba untuk menyayanginya seperti mana dia syg pada aku...tetapi jawapanya tetap sama...aku x mampu hingga ke hari ini...

aku tahu yang mereka berdua syg pada aku...kedua-duanya ada kelebihan dan juga kekurangan...aku bimbang akan kehilangan keduanya...

adakah aku tamak @ aku hanya berpura-pura...
Powered By Blogger