Selasa, 17 Februari 2009

hari ini dan semalam

Hari ini...
Aku x menyangka hari ini aku akan dibebankan dengan suatu tugas yang besar,mungkin sesetengah orang merasakan tugas ini biasa bagi mereka tetapi tidak pada aku.Bermulanya pada pemilihan untuk menghadiri mesyuarat kelab,setiap kelas diwajibkan menghantar seorang wakil dan aku yang terpilih untuk ke mesyuarat tersebut.
Tepat pada jam 1230 petang mesyuarat dimulakan bagi memilih AJK dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang SEM ini.Semasa pemilihan dibuat,aku telah dicalonkan sebagai PRESIDEN dan tiada bantahan dari wakil yang lain akan tetapi aku tidak bersetuju untuk menjadi PRESIDEN kerana kurangnya pengalaman untuk menguruskan suatu kelab.Bantahan aku tidak diterima oleh pengerusi dan secara sahnya aku telah dilantik.Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 130 petang dan aku pulang dengan perasaan yang berbaur.

Semalam...
"kalo aku tau aku x datang da hari ini,sia2 je minyak aku"ucapku apabila mengetahui kesemua kelas dibatalkan pada hari ini.
Seperti sedia kala,aku sampai di kolej pada jam 830 pagi untuk memasuki kelas yang pertama iaitu kelas agama.Setelah 30jam menunggu,pensyarah tidak kelihatan dan salah seorang dari kami mengambil keputusan untuk menalifon pensyarah tersebut.Alangkah sakitnya hati apabila penantian selama 30jam berakhir dengan ketiadaan kelas pada hari itu.Gap kelas yang seterusnya adalah 1jam,aku dan 2 sahabatku membuat keputusan untuk melepak di Kedai KAK MAH.Pelbagai perbincangan yang untuk mengisi masa selama 1 jam tersebut sehinggakan tiada apa lagi yang boleh dibincangkan.Kemudian kami mendapat tahu bahawa kelas seterusnya dibatalkan maka kami membuat keputusan untuk ke kedai2 motor yang berada disekitar kuantan.Oleh kerana terlalu lama dengan mereka,Aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan permaisuri dihati.Hanya 30 minit bersama dengannya dan setelah itu aku mengambil keputusan untuk pulang.

Tepat jam 1130 aku tiba di rumah dengan perasaan yang bercampur dan tambahan pula aku merasakan terlalu penat untuk melakukan sesuatu akhirnya aku melelapkan mata.

Petang semalam....
Pada jam 415 petang aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Syah untuk bertemu dengan seseorang yang aku anggap penting yang akan menjadi sebahagian dari keluargaku nnti.Aku telah diberitahu oleh pemaisuri hatiku bahawa ayahnya akan berangkat ke Dubai pada jam 500 petang,akan tetapi sebarang kelibat mereka tidak aku temui stakat ini."Penantian itu suatu penyiksaan"benar kata pepatah,setelah 515 petang barulah penantian berakhir dengan hadirnya dia bersama Keluarga.Segan aku apabila dikelilingi oleh keluarga lain apatah lagi berhadapan dengan Ayahnya.Aku tidak banyak bergaul dengan mereka kerana lansung tidak mengenali,dan kebanyakan ahli keluarga mereka mengetahui siapa aku sebenarnya(hak3x....).Tepat jam 630petang Ayahnya berangkat ke KLIA...

Aku pulang dengan hati yang puas kerana aku dapat bertemu dengan Ayahnya sebelom ke sana dan melihatkan penerimaan mereka terhadap aku(waakakaka.....)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger