Isnin, 9 Februari 2009

Penatnye.....

Entah nape hari ne aku terlampau letih dan tak cergas macam hari sebelumnya padahal pagi tadi sebelum aku ke kolej da sarapan.Masa dalam kelas aku asyik menguap tak henti2 mgkin kerana kelas Agama yang terlampau lama.Entah lah mgkin aku tak leh makan pg kot,lepas abis kelas Agama diberi rehat 30 minit,itu pon tak ilang lagi kepenatan yg dialami.Lepas pada 2 kelas bersambung lagi sampai ke 1230 pg tp bukan kelas Agama.Lepas abis je kelas,trus je aku dengan sahabat ku ke KEDAI KAK MAH yg terletak jauh gak dari kolej.Sesampai je kat kedai 2 aku tros oder air Nascafe untuk ilangkan keletihan yang melanda sambil berborak-borak.Pelbagai cerita yg dikeluarkan dari topik kereta,motor sehingga apa yg melanda negara Malaysia kini.Walawpon sudah diberi rehat yg mencukupi,keletihan yg dialami tidak juga hilang.Kemudian kami pulang ke kolej untuk kelas yg terakhir,tp aku agak terlewat sedikit oleh kerana menunaikan tanggungjawab terhadap Allah.Pada jam 1430 ptg kelas berakhir dan kami telah diberi tanngungjawab untuk membuat satu blog untuk diperiksa setiap bulan.

Setelah mendapat assigment yg perlu dibuat,aku tidak terus pulang kerumah untuk merehatkan badan yg penat tetapi pergi bertemu dengan insan yg tersayang walwpon seketika tp hatiku puas.Setelah hampir 2 jam berjalan,akhirnya aku pulang dengan hati yg ceria.Ketika dalam perjalanan pulang,Abah telah berpesan untuk singgah ke HP Center yang terletak di Jalan Wong Ah Jang untuk bertanyakan pasal LCD monitor yg rosak.Setelah selesai semua urusan br lah aku pulang,setibanya dirumah jam sudah menunjukkan pukul 1610 ptg dan sehingga aku menulis blog ini aku masih merasakan kepenatan yg amat sangat.

1 ulasan:

  1. iq..chayokkk..chayokkk buat blog...teruskan usaha utk majukan diri...langkah pertama dah berjaya...(^_^)..markah 70%

    BalasPadam

Powered By Blogger