Jumaat, 19 Mac 2010

Arghhh...serabutnye

Kenapa sejak akhir2 ini makin hari makin menjadi-jadi, pelbagai desakan dan dugaan yang aku terima dari pelbagai sudut. Aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapi semua ini...

Ceritanya bermula....

12/3/2010 Jumaat Pulang ke Kuantan
Rumah abang bertempat di PJS4, memang selalunya aku akan kesitu lebih-lebih lagi ayah aku memberitahu akan datang Kuala Lumpur selama seminggu. Dengan kesempatan yang ade aku bercadang pulang ke Kuantan.

Malam itu aku bertekad untuk keluar, jam menunjukkan sudah jam 10 malam akan tetapi KTM dari pelabuhan tidak kelihatan. Perasaan bimbang mula terdetik, selama setengah jam menunggu bagai orang yang kehilangan anak akhirnya KTM yang di tunggu-tunggu muncul.

Aku tiba di KL central pada jam 1045 malam yang mana kebanyakan kedai sudah ditutup, tampa berlengah lagi aku terus ke Monorel yang terletak diseberang jalan. Hanya 5 minit diperlukan untuk sampai ke stesen monorel. Dari KL central aku menuju ke Titiwangsa yang mana dikenali sebagai Pekeliling. Setibanya aku disana tepat jam 11 malam, kesemua booth yang menjual tiket sudah ditutup. Aku agak hampa untuk pulang ke Kuantan.

Aku mencuba nasib ke Pudu dengan menaiki Putera/star/LRT terus ke Plaza Rakyat. Setibanya disana pintu terus ditutup menandakan perkidmatan LRT sudah tiada waktu itu jam hampir menunjukkan jam 12 malam.

Alhamdulillah walaupun tiket sudah kehabisan akan tetapi dengan ehsan pemandu dapat jua aku pulang ke Kuantan. Aku tiba dirumah pada jam 4 pagi hari sabtu..

p/s: Moral...Jangan buat keputusan terburu-buru

14/3/2010 Ahad

Setelah sembahyang isya' aku bersiap-siap untuk pulang ke nilai kerana keesokan harinya aku perlu bekerja dan yang terutama sekali pensyarah @ pegawai penilai dari Kolej aku datang untuk memeriksa perkembangan aku. Akan tetapi ibu aku menghalang untuk aku pulang kerana hari sudah lewat dan tambahan pula hujan sangat lebat. Akhirnya aku akur....

15/3/2010 Isnin
Setelah solat subuh aku terus berangkat pulang ke Nilai. Dalam perjalanan itu motor aku telah dihimpit oleh sebuah kereta, akibatnya motor aku telah melanggar sebuah lubang yang cukup dalam dan mampu membengkokkan rim motor. Dalam kekalutan itu aku terpaksa menolak motorku untuk melintasi highway yang sedia ada 3 lane dan kesemuanya 6 lane kiri dan kanan.

Dalam jam 8 pagi ayah ku tiba dengan menaiki Gen2 untuk membawa aku ke campus dek kerana dia bimbang terhadap kedatangan pensyarah aku. Aku tiba di campus tepat jam 9 pagi dimana kesemua staff sedang rehat waktu pagi.

Pensyarah aku tiba pada jam 3 petang.Pelbagai komen telah diberikan serta gesaan untuk aku menyiapkan laporan lebih awal.

Setelah jam 5 ptg aku terus ke KTM dengan ehsan menumpang abang shah hingga ke KTM...dari KTM aku menuju terus ke KL central dimana aku perlu menukar train disana.

Aku tiba di kedai itu pada jam 730 malam...dimana aku telah dikenakan sebanyak RM270
cas penukaran rim baru..
HAHAHA..kopak duit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger