Isnin, 15 Ogos 2011

16 Ramadan ...

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang Tahun yang sudah, andai ku mampu luahkan segalanya dan mencoretkan didalam ini sudah pasti terserlah kekurangan yang ada pada ku ...

Kini Ramadan hampir menutup tirainya, separuh bulan sudah berlalu akan tetapi aku tetap sama seperti dulu tiada perubahan sedikit pun yang berlaku.

Ya Allah bantulah hamba mu ini ...

Jumaat, 19 Mac 2010

Arghhh...serabutnye

Kenapa sejak akhir2 ini makin hari makin menjadi-jadi, pelbagai desakan dan dugaan yang aku terima dari pelbagai sudut. Aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapi semua ini...

Ceritanya bermula....

12/3/2010 Jumaat Pulang ke Kuantan
Rumah abang bertempat di PJS4, memang selalunya aku akan kesitu lebih-lebih lagi ayah aku memberitahu akan datang Kuala Lumpur selama seminggu. Dengan kesempatan yang ade aku bercadang pulang ke Kuantan.

Malam itu aku bertekad untuk keluar, jam menunjukkan sudah jam 10 malam akan tetapi KTM dari pelabuhan tidak kelihatan. Perasaan bimbang mula terdetik, selama setengah jam menunggu bagai orang yang kehilangan anak akhirnya KTM yang di tunggu-tunggu muncul.

Aku tiba di KL central pada jam 1045 malam yang mana kebanyakan kedai sudah ditutup, tampa berlengah lagi aku terus ke Monorel yang terletak diseberang jalan. Hanya 5 minit diperlukan untuk sampai ke stesen monorel. Dari KL central aku menuju ke Titiwangsa yang mana dikenali sebagai Pekeliling. Setibanya aku disana tepat jam 11 malam, kesemua booth yang menjual tiket sudah ditutup. Aku agak hampa untuk pulang ke Kuantan.

Aku mencuba nasib ke Pudu dengan menaiki Putera/star/LRT terus ke Plaza Rakyat. Setibanya disana pintu terus ditutup menandakan perkidmatan LRT sudah tiada waktu itu jam hampir menunjukkan jam 12 malam.

Alhamdulillah walaupun tiket sudah kehabisan akan tetapi dengan ehsan pemandu dapat jua aku pulang ke Kuantan. Aku tiba dirumah pada jam 4 pagi hari sabtu..

p/s: Moral...Jangan buat keputusan terburu-buru

14/3/2010 Ahad

Setelah sembahyang isya' aku bersiap-siap untuk pulang ke nilai kerana keesokan harinya aku perlu bekerja dan yang terutama sekali pensyarah @ pegawai penilai dari Kolej aku datang untuk memeriksa perkembangan aku. Akan tetapi ibu aku menghalang untuk aku pulang kerana hari sudah lewat dan tambahan pula hujan sangat lebat. Akhirnya aku akur....

15/3/2010 Isnin
Setelah solat subuh aku terus berangkat pulang ke Nilai. Dalam perjalanan itu motor aku telah dihimpit oleh sebuah kereta, akibatnya motor aku telah melanggar sebuah lubang yang cukup dalam dan mampu membengkokkan rim motor. Dalam kekalutan itu aku terpaksa menolak motorku untuk melintasi highway yang sedia ada 3 lane dan kesemuanya 6 lane kiri dan kanan.

Dalam jam 8 pagi ayah ku tiba dengan menaiki Gen2 untuk membawa aku ke campus dek kerana dia bimbang terhadap kedatangan pensyarah aku. Aku tiba di campus tepat jam 9 pagi dimana kesemua staff sedang rehat waktu pagi.

Pensyarah aku tiba pada jam 3 petang.Pelbagai komen telah diberikan serta gesaan untuk aku menyiapkan laporan lebih awal.

Setelah jam 5 ptg aku terus ke KTM dengan ehsan menumpang abang shah hingga ke KTM...dari KTM aku menuju terus ke KL central dimana aku perlu menukar train disana.

Aku tiba di kedai itu pada jam 730 malam...dimana aku telah dikenakan sebanyak RM270
cas penukaran rim baru..
HAHAHA..kopak duit

Ahad, 21 Februari 2010

diantara 2 insan

Sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu dalam blog, pengalaman lalu mengajar aku erti sebuah kasih sayang dan pengorbanan. Segala yang berlalu aku jadikan pedoman akan tetapi segalanya akan bermula kembali.....

Kini aku sedang menjalani latihan industri di sebuah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Sains Islam Malaysia yang bertempat di Nilai Negeri Sembilan....pasti ramai yang mempersoalkan bagaimana aku memilih tempat yang begitu jauh dari kampung halaman aku...

Bermula al kisah...

setelah aku dikecewakan ....

Budak USIM...
aku mengenali dirinya disebuah laman web sosial yang mana pada mulanya sekadar kawan biasa, akan tetapi setelah lama berkawan dengannya aku dapat merasakan sesuatu yang dia lebih cenderung kearah yang lebih dari seorang kawan...

Suatu perkara yang tidak aku sangka yang dilakukan olehnya, datang ke Kuantan tampa muhrim. Hanya semata-mata untuk bertemu dengan aku....huhuh...aku jadi serba salah....
Terpaksalah aku mencarikannya sebuah hotel murah disekitar Kuantan,dan keesokaan harinya aku paksa dia pulang...

Aku x tahu mengapa dia melakukan perkara seperti itu...

Mencari tempat Latihan Industri
Segalanya berjalan dengan baik, aku telah ditempatkan oleh pihak pengurusan kolej ke UNIKL....akan tetapi pada saat akhir pihak UNIKL telah membuat keputusan untuk tidak mengambil pelajar prektikal pada tahun ini dan nama aku digugurkan...terpaksa aku mencari tempat yang lain....

Pelbagai cara telah aku lakukan spt apply dalam j0b street,job malaysia,syarikat IT akan tetapi tiada balasan...

Akhirnya aku bertanyakan kenalan dalam internet...hanya dia saja yang dapat mencarikan aku tempat iaitu USIM...bukan setakat tempat untuk prektikal bahkan rumah sewa,elaun,dokument yang berkaitan dia yang selesaikan...

Walawpon ketika itu aku dapat tempat lain bersama dengan kawan2 tetapi aku memilih USIM kerana aku merasakan kasihan kepadanya jika aku tidak ke sana...

Sehingga kini aku masih lagi bertemu dengannya kerana 1 campus....walaubagaimanapun segala pengorbanan yang dilakukan aku hanya merasakan kami masih kawan...
adakah aku seorang yang kejam @ hanya menyembunyikan kebenaran...huk3x

Budak Sabah
Aku mengenalinya dia disebuah laman web sosial jua ketika itu aku masih bersama dengan ex-girlfriend...

pada waktu itu dia banyak menasihatiku dalam perhubungan kami, sewaktu aku sedang berduka..dialah org yang pertama menasihatiku untuk bangkit semula walaupun pada ketika itu aku tidak lagi mampu untuk bangun sendiri...

Ketika aku kesempitan dialah org yang pertama menghulurkan bantuan kepada aku....pengorbanan dia terlalu banyak kepadaku...mgkin sampai bila2 tidak mampu untuk aku balas...

Genap 6 bulan kami berkawan waktu itu aku sudah menjadi single kembali..malam itu aku bertanyakan satu s0alan yang tidak aku anggapkan serius"boleh isi borang???" dan dia menjawab "ya"...pada waktu itu aku agak terkejut kerana selama ini dia tidak pernah mengiyakan...

Hingga ke hari ini dia masih syg pada aku...akan tetapi aku tidak sepertinya...
aku pernah jua cuba untuk menyayanginya seperti mana dia syg pada aku...tetapi jawapanya tetap sama...aku x mampu hingga ke hari ini...

aku tahu yang mereka berdua syg pada aku...kedua-duanya ada kelebihan dan juga kekurangan...aku bimbang akan kehilangan keduanya...

adakah aku tamak @ aku hanya berpura-pura...

Khamis, 5 November 2009

Berakhir sudah segalanya........

Mesti sesiapa yg baca title 2 tahu apa yang nak aku gariskan kat sini, mmg itu rasanya ayat yang tepat bagi segala kisah aku dan dia...

Setelah bertahan selama 3 tahun 5 bulan, Akhirnya pada awl bulan 6 dia melafazkan kata-kata perpisahan ketika itu aku sudah tidak merasakan apa-apa seperti sakitnya bagaimana diabaikan dlu....

Bukan aku dikira keras hati tapi sudah lama merana kerana dia, seluruh keluarga aku perasan akan perubahan sikap aku bila berkasih dengannya, mgkin ini balasan yg ptt aku rasakan kerana tidak mendapat restu dari ibuku.....

Biarlah apa yang berlaku aku jadikan sempadan bg aku, bukan mudah untuk melupakan dirinya dalam sekelip mata akan tetapi akn aku cuba lupakan mu....

Pergilah selamanya bersama kenangan yang terindah....

Tepat pada hari JUmaat bersamaan 30 oktober 2009 telah termaktub bahawa kini dirimu bukan lagi bujang tetapi begelar isteri kepada seorang suami akan tetapi ianya bukanlah diriku....the end...

Khamis, 12 Mac 2009

harapan ku kini....

hurm....macam2 yang berlaku dalam hidup aku ne sejak masuk bulan 3,tah la kenapa bulan ne aku rasakan paling berat buat aku untuk menghadapinya,mungkin ujian ALLAH kepada aku yg selalu melakukan dosa x henti2,entahlah bila aku nak insaf......

mgkin bukan pepatah ne ade kaitan kot "kita mengharapkan cerah hingga ke petang tp hujan ditengah hari tp tuhan nak hadiahkan kita pelangi yg cantik"erm...insyallah kalo x der halangan DIA akan datang bertemu dengan IBUku,harap2 dia akan lepas ujian IBUku nnti....Amin

ape2 pon aku menanti dengan penuh harapan yg menggunung,moga2 IBUku menerima pilihan hati ku walaupon aku tahu dia bukanlah sempurna tp bagi ku DIA sudah cukup buatku untuk menempuh hidup yg penuh dengan pancaroba

Selasa, 3 Mac 2009

baru ku sedar....

patut lah aku merasakan perubahan pada dirimu terhadapku,aku x menyangka dalam hatimu terdapat insan lain selain diriku.....

Kenapa masalah aku datang bertimpa-timpa sejak dari minggu lepas lagi dan hari ini....hurm.....

BErmula alkkissah...

Macam biasa la aku ke kolej tak pakai pakaian formal tp this week adalah minggu exam so patutnya kene pakai formal.Sesampai je kat kolej dalam pukul 1045 pagi tadi aku tros la study sikit2 bagi ingat nota yg ade sbb pukul 11 pagi ade exam database,(mane la nak ingat bile baca last minit kan).
So mase masuk dewan 2,org lain da pandang pelik kat aku sbb x pakai formal tapi aku wat d0ono je,sebelum exam dimulakan diumumkan cam ne "sesiapa yang merasakan x ikut peraturan exam sila ke belakang",ape lagi terpaksa la pegi ke belakang.....

Exam da start tp aku still kene berdiri kat belakang tunggu pensyarah nak bagi warning,adoiyai...lame lak 2 kene ceramah ade la 10 minit dan aku kene tahanan selama 30 minit lepas 2 baru leh jawab kertas 2,da spoil mo0d aku tp alhamdulillah exam kali ne mudah....

Mcm biase la bile da abis exam ingat nak lepak ngan mmber tp cari2 tempat biase xder so aku pon balik umh la.Dalam perjalanan balik baru aku teringat yang HP aku ditutup sebab exam td,so bila bukak je banyak misscall dan sms.Dalam banyak2 sms 2 ada lah msg dari sahabat aku yg selalu kuar lepak,rupa2nya aku da terlepas dari tempat diaorg so malas da nak patah balik.

AKu x sangka hari ne buah hati aku akan ajak keluar lagi...(Yeppieee sukenye hati =P).APe lagi aku pon bergegas lah amik dia dekat town(bukan naik mot0 ek...) so kiteorang jalan2.Start dari 1 complex ke 1 tempat biase yang kiteorang pergi iaitu TAman Gelora.Dia bertanya pada aku "adakah aku akan marah bila dia jatuh cinta pada orang lain"dan aku diam seketika....
"aku x kesah sbb 2 hak individu tp bagi tau pada aku siapakah org itu"aku berkata..
dia pon menceritakan sedikit berselindung dengan aku mengatakan hanya umur yang menjadi penghalang,dan hanya kini sebagai kawan.Huish....

BUkan aku x percaya tp sekarang ini aku rasakan dia semacam mengabaikan aku dan melebihkan mamat 2,mana tidaknya setiap kali keluar dengan aku mesti mamat 2 call nak tahu dia kat mane(bz body gile...kalo aku x pe la) aku bukan ape mamat 2 da careing sangat dah.
BUah hati aku pon mengaku yang dia akan rase gelisah bile mamat 2 x call dia sehari dan x takecare dia(dah aku ne ape bagi dia..... =( kalo aku x call sehari x der la plak dia rase cam 2)
jadi mgkin sebab 2 dia jadi jauh dari aku,bukan aku x marah tp apa yang mampu aku buat....

Pedih sangat hati aku..walawpon dia cube menceriakan suasana tp aku tidak berupaya untuk bergembira lagi sehingga kesaat ini

Jumaat, 27 Februari 2009

Baca Horoskop, Solat Tak Diterima 40 Hari

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.

Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan emailtersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama. SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. 'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan
majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah,
juga aspek psikologi.

'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut
ini,' katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada
zodiak,' katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

'Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dew tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. 'Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. 'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita
fikirkan,' katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang
dilaksanakan...


renung-renungkan...

petikan diambil dari awekranggi83 mbcian
Powered By Blogger